SOLAT DHUHA M e n a r i k b a n t u a n A l l a h s w t


Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan [sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]

YANG PERTAMA
D o s a t e r a m p u n
Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.


“Barangsiapa yang selalu

mengerjakan solat Dhuha



nescaya akan diampuni dosa-

dosanya walaupun sebanyak

buih di lautan.”
(HR Tarmidzi)



YANG KEDUA

O r a n g b e r t a u b a t
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu
mengerjakan solat Dhuha
kecuali ia telah tergolong
sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)



YANG KETIGA
T e r c a t a t s e b a g a i o r a n g t a a t
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang solat Dhuha
dua rakaat, maka dia tidak
ditulis sebagai orang yang lalai.
Barangsiapa yang
mengerjakannya sebanyak
empat rakaat, maka dia ditulis
sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yg
mengerjakannya enam rakaat,
maka dia diselamatkan di hari
itu.
Barangsiapa mengerjakannya
lapan rakaat, maka Allah swt
tulis dia sebagai orang yang
taat.
Barangsiapa yang
mengerjakannya duabelas
rakaat, maka Allah akan
membangun kan sebuah rumah
di syurga untuknya."
(HR At-Thabrani)



YANG KEEMPAT
M a s u k s y u r g a d a r i p i n t u y a n g k h a s
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga
lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.


“Sesungguhnya di dalam syurga
terdapat sebuah pintu bernama
pintu Dhuha. Apabila Kiamat
telah tiba maka akan ada suara
yang berseru,
"Di manakah org-orang yang
semasa hidup di dunia selalu
mengerjakan solat Dhuha? Ini
adalah pintu buat kalian.
Masuklah dengan rahmat Allah
Subhanahu Wata’ala.”
(HR At-Thabrani)



YANG KELIMA
R e z e k i b e r e s 

Allah swt mencukupkan rezekinya.

“Wahai anak Adam, janganlah
engkau merasa lemah dari
empat rakaat dalam mengawali
harimu, nescaya Aku (Allah)
akan mencukupimu di akhir
harimu.”
(HR Abu Darda)



YANG KEENAM
S u d a h b e r s e d e k a h
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.


“Hendaklah masing-masing
kamu bersedekah untuk setiap
ruas tulang badanmu pada
setiap pagi.
Sebab setiap kali bacaan tasbih
itu adalah sedekah, setiap
tahmid adalah sedekah, setiap
tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah,
menyuruh kepada yang ma’ruf
adalah sedekah, mencegah
yang mungkar adalah sedekah.
Sebagai ganti dari semua itu,
maka cukuplah mengerjakan
dua rakaat shalat Dhuha."
(HR Muslim)



Terimakasih kawan moga bermanfaat see you...

Post a Comment

Previous Post Next Post